Tuesday, 7 December 2010

Melayu Oh Melayu

Melayu Oh Melayu

Aku selalu membaca berita secara online dan tidak perlu lagi membeli dari penjual paper india tu. suatu hari aku membaca berita dari titah sultan Perak berhubung hak ketuanan orang melayu pada 1 muharram 1432. aku copy dan masukkan diblog simpan dalam blog aku ini supaya ianya dapat dibaca olih sesiapa juga.

Kenapa lah orang melayu ni masih mempertikaikan hak bangsanya sendiri? Sudah pasti dan mesti ada melayu sengkek yang tamak kuasa politik memperdagangkan hak hak orang melayu.

Buat masa ini pun orang melayu dah ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan.

Orang bukan melayu duk tunggu masa nak tepuk tangan. Melayu sesama bangsa sedang dan akan terus bertelagah. bertelagah pasal poiltik. kalut duk ligan kuasa, supaya dapat bertaktha dan seterusnya dapat mengumpul harta sebanyak mungkin, hingga muak termuntah.

Rakyat yang mengundi memberi kuasa duk ditakuk lama juga. jadi unta kedeke. dekat dekat nak PRU sibuk turun padang macam peminta sedekah, bila menang hilang. sama saja BN = PR. Rakyat marhaen macam biasa juga. satu hari nanti.................................... Apa yang mungkin berlaku ialah melayu mengemis ditanah tumpah darahnya sendiri.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah bertitah bahawa sebarang suara yang mempertikaikan status Islam dan keistimewaan orang Melayu di negara ini adalah perbuatan yang tidak berasaskan sejarah serta bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

Baginda menegaskan jika perkara itu dilakukan di kalangan orang Melayu sendiri maka mereka itu sebenarnya telah melakukan penghinaan dan derhaka kepada bangsanya sendiri.

"Wasiat Raja-Raja Melayu adalah sebahagian daripada perjanjian yang menjadi landasan kepada penggubalan Perlembagaan Merdeka. Raja-Raja Melayu yang bersemayam di takhta pemerintahan pada hari ini bukan sekadar mewarisi takhta pemerintahan tetapi turut mewarisi tanggung jawab kepada agama dan bangsa, memastikan wasiat tersebut terus dijunjung.

Umat Islam dan orang Melayu hendaklah jangan melakukan perbuatan mencurahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit, takut-takut nanti umat Islam dan orang Melayu berakhir dengan keadaan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran lalu berdagang di tanah sendiri, laksana ayam kelaparan di kepuk dan itik kehausan di air," titah baginda semasa merasmikan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah peringkat negeri Perak di Dewan Kolej Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.

Titahnya, amat malang kepada agama dan bangsa apabila sejarah sebenar negara mahu dipadamkan dan fakta mahu diubah.

No comments:

Post a Comment