Warga emas dihalau, ditumbuk keluarga sendiri
KUALA KUBU BHARU 18 Mac 2011 – Selama 18 tahun, Wong Soo Tian (gambar) sanggup merantau ke Indonesia bekerja di beberapa kem pembalakan di tengah hutan belantara semata-mata mahu mencari rezeki untuk menyara isteri dan tiga anak tercinta.
Sepanjang tempoh tersebut, Soo Tian tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai suami dan bapa apabila setiap bulan mengirim wang untuk perbelanjaan keluarga, malah sentiasa mencari kesempatan pulang ke tanah air menjenguk mereka jika ada kelapangan.
Namun, Soo Tian kini berusia 81 tahun tidak menyangka akan dibuang oleh isteri dan anak-anak selepas bersara hanya kerana mereka enggan menjaga dirinya yang sudah tua.
Lebih malang, lelaki warga emas ini bukan sahaja tidak dibenarkan tinggal di rumah sendiri di Kampung Chong 5, Rasa di sini, malah turut ditumbuk dan diugut bunuh oleh anak sulungnya semasa merayu untuk menumpang berteduh di situ, petang semalam.
Soo Tian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di sini hari ini memberitahu, sebelum kejadian beliau menumpang di rumah saudaranya.
.: Lagi anak tinggalkan bapa :.
KANGAR: Seorang bapa yang mengidap penyakit buah pinggang kronik, terpinga-pinga selepas ditinggalkan anak lelakinya selepas selesai menjalani pembersihan darah di sebuah pusat hemodialisis di Seriab, dekat sini, petang semalam.
Bagaimanapun, Othman Samah, 60, dari Kampung Guar Pehor, mukim Keplu, Kodiang, Kedah, bernasib baik selepas diselamat anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan menempatkan sementara di Pusat Perlindungan Rumah Seri Kenangan, Jejawi, kira-kira jam 9 malam.
Salah seorang pekerja pusat yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau menghubungi anak lelaki berkenaan supaya mengambil bapanya memandangkan pusat terbabit sudah ditutup tetapi malangnya pemuda berkenaan enggan berbuat demikian.
[mana hilangnya sifat keperimanusian???sanggup seorang anak tinggalkan seorang ayah..aku tak dapat bayangkan..apa perasaan seorang anak bila dia tinggalkan ayah dia..ada akal ke tak de akal si anak nie..dia tak fikir ke kalu ayah dia tak de, dia tak nampak dunia nie...jangan sampai suatu hari anak dia buat kat dia lagi teruk sudah la..seharusnya kita bersyukur mempunyai mak ayah..ada yang tak pernah nampak mak ayah dari kecil..ya allah...insaflah wahai manusia...hargai mereka selagi mereka masih ada..jangan sampai kita menyesal bila mereka sudah tiada..renungkan lah bersama]
GEORGETOWN: Seorang warga emas berusia 85 tahun yang uzur mendakwa ‘dibuang’ ahli keluarganya dengan menempatkannya di sebuah rumah jagaan orang tua swasta yang dikendalikan bukan Islam di Mount Erskine di sini, sejak setahun lalu.
Jaafar yang sebak apabila menceritakan nasib malangnya, berkata dia tidak kisah jika anaknya menghantarnya ke rumah orang tua diuruskan orang Islam, bukannya tempat didiami sekarang.
“Selepas meninggalkan saya di sini sejak setahun lalu, anak saya tidak pernah datang menjengok dan bertanya khabar. Saya sangat sedih dan tidak sangka mereka buat saya macam ini.
“Tergamak mereka buang saya di sini. Saya tidak kisah jika mereka hantar ke rumah orang tua yang diuruskan oleh orang Islam, bukannya tempat macam ini, yang turut membela anjing.
Pak cik dah tua, nak beribadat dengan tenang dan sempurna sebelum habiskan sisa-sisa hidup. Tetapi, tempat macam ini tidak sesuai. Mana lagi saya nak pergi, katanya yang sebak mengenangkan nasibnya dalam pertemuan dengan Berita Harian, semalam.
Bekas pekerja Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berasal dari Kampung Dodol, Jalan Perak di sini, mempunyai isteri, Rafiah Senapi, 70-an, yang lumpuh dan tinggal bersama anaknya di Penanti, Bukit Mertajam.
Jaafar mendakwa, walaupun anaknya menghantarnya ke pusat jagaan itu, bayaran bulanan sebanyak RM700 kepada pusat itu, menggunakan wang pencennya.
Difahamkan, pusat jagaan itu mempunyai kira-kira 10 penghuni bukan Islam, manakala sebahagian besar petugasnya adalah wanita.
Jaafar yang mempunyai empat anak tetapi seorang daripadanya sudah meninggal dunia, mendakwa tiada seorang pun anaknya sanggup membelanya, walaupun mereka bukanlah orang susah.
“Saya begitu sedih kerana tiada siapa yang mahu tolong saya. Adik beradik dan anak semuanya tidak mahu tolong. Anak tidak ingatkan bapa lagi walaupun kita yang bela sejak kecil,” katanya sambil merintih dia tidak `tahan’ lagi tinggal di pusat jagaan itu kerana tidak dapat beribadat dengan sempurna.
Dia beberapa kali menadah tangan tanda bersyukur apabila melihat wakil Berita Harian mengunjungi rumah jagaan itu.
“Saya mahu keluar dari sini, tak kisah pergi ke mana-manapun,” katanya yang merayu mana-mana pihak untuk membantu menempatkannya di rumah orang tua yang diuruskan orang Islam.
Saya mahu beribadat kepada Allah untuk menghabiskan sisa-sisa hidup saya. Saya amat berharap untuk sembahyang di Masjid Sungai Nibong,” katanya yang mempunyai rumah di Sungai Nibong di sini.
*** Persoalannya apa kah anak anak yang di bela ditatang dengan penuh Kasih Sayang dapat menjamin akan menjaga ibu bapa apabila mereka tua kelak.
No comments:
Post a Comment